16 Okt 2010

Daftar Blog Anda Dengan Nuffnang

Semalam aku baru daftar blog aku ini dengan NUFFNANG.Jadi kali ini aku nak buat panduan pasal mendaftar blog dengan nuffnang.Entri aku sebelum ini aku dah terangkan korang tentang nuffnang..Korang boleh imbas balik kat entri nuffnang jana pendapatan sampingan.

Peringatan untuk yang baru daftar nuffnang,PASTIKAN MAKLUMAT DIRI KORANG ADALAH BETUL(bukan tipu-tipu ye).Ini kerana kalau korang nak mintak cek nuffnang akan ikut nama yang ada kat akaun korang.Kalau maklumat salah melayanglah duit korang.Lagi satu,kalau korang mempunyai banyak blog sekalipun,anda hanya perlu 1 akaun nuffnang sahaja.Daftarlah seberapa banyak sekalipun blog anda dalam akaun anda.Tanpa buang masa kita mulakan.

1.Buka akaun NUFFNANG anda.Kalau belum ada akaun anda daftar terlebih dahulu.
2.Akaun anda sudah buka?jadi korang klik kat 'BLOG MANAGER'.


3.Pastu korang akan dibawa ke bahagian untuk pendaftaran blog.Korang isi maklumat blog korang.Dah selesai klik kat butang 'daftar'.


4.Kemudian korang akan dibawa ke bahagian 'borang tinjauan blogger'.Kalau korang tak faham korang isi je apa-apa.


5.Pastu korang save.Jadi pendaftaran blog korang dah berjaya.
6.Untuk mendapatkan html iklan,korang klik kat 'add ads'.


Kalau korang tidak faham nak letak iklan dalam blog,Pihak nuffnang ada menyediakan panduan untuk korang.Ikut je langkah-langkah yang mereka sediakan.SELESAI...

0 ulasan:

Catat Ulasan